Ini adalah BioGaia
BioGaia adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang inovatif dan berorientasikan tindakan, serta peneraju dalam bidang probiotik. Syarikat ini berpusat di Sweden dan produk-produknya diedarkan di lebih daripada 100 negara.
Keinginan untuk membuat perubahan dalam kesihatan manusia adalah sebahagian daripada DNA kami.
Selama hampir 30 tahun, kami telah mencipta rangkaian global penyelidik dan pakar bebas terkemuka, pakar pembuatan, dan rakan kongsi pengedaran tempatan.
Misi Kami
BioGaia menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk dapat menawarkan pengguna produk probiotik manusia yang terbukti secara klinikal, sihat, dipatenkan, dan mesra pengguna.
Produk kami menggabungkan bakteria probiotik Lactobacillus reuteri yang telah banyak dikaji dengan kejuruteraan terkini untuk membangunkan penyelesaian pembungkusan unik dan produk probiotik kreatif yang sesuai dengan keperluan pengguna. Lactobacillus reuteri ialah bakteria ‘baik’ dan mesra yang membantu melawan mikroorganisma ‘jahat’ dalam saluran gastrousus.
Visi Kami
Visi BioGaia adalah untuk menjadi peneraju yang inovatif dalam probiotik. Kami akan mencapai visi kami melalui:
• Penyelidikan inovatif
• Formulasi dan solusi pembungkusan yang unik
• Pengiktirafan jenama yang kukuh
• Tanggungjawab sosial
• Kecemerlangan dalam hak harta intelek (IP)
• Jangkauan global
• Menjadi tempat kerja yang menarik